Our Blog

Kisah Saudagar di Laut Mati..

Pada zaman dahulu kala, kaum Nabi Luth tinggal di kota Sodom yang terletak berhampiran Laut Mati. Di zaman Nabi Luth ini banyak berlaku nya perbuatan homoseksual dan juga lesbian. Sudah penat Nabi Luth mengajak kaum nya bertaubat tetapi tidak diendahkan oleh mereka akan Nabi Luth. Sehingga lah Nabi Luth berputus asa dan berdoa kepada Allah agar diturunkan balasan terhadap kaum nya. Allah telah menterbalikkan kota Sodom dan tenggelam lah kota Sodom di Laut Mati. Laut Mati ini telah dilaknat oleh Allah sehinggakan tiada ikan yang mampu hidup di Laut Mati.

Tapi.. Umat Islam zaman sekarang terutamanya orang Malaysia, kalau pergi sana siap mandi macam tak pernah jumpa air. Ni bodoh nama nya! Tak tahu sejarah. Pada zaman sahabat dulu, para sahabat dilarang untuk pergi ke Laut Mati kerana ianya telah dilaknat Allah. Kalau melalui kawasan Laut Mati pun diorang perlu menundukkan kepala supaya diorang tak melihat laut tu. Punya nya la benci nya pada Laut Mati. Kita sekarang siap cakap Laut Mati berkat. Tok Imam pergi mandi bawa pelampung. Pastu bawa balik pula air nya dalam botol untuk dimandikan anak cucu. Ambil berkat kata nya. Berkat apa jadah dah kalau dilaknat. Air Laut Mati tu makruh hukum nya kalau digunakan. Haih!

Lain kali kalau tak tahu tanya. Jangan pandai - pandai cakap itu berkat. Ini halal dan itu haram. Pastu lu ingat dari mana asal perkatan sodom nie. Dari kota Sodom la. Sodomy = Liwat. Sekian..

P/S: Ilmiah tak posting gua kali nie? Amacam Majid?

2 comments:

TANTTY said...

BETUL KE?XTAW LA PLAK..HEHEHE..
MANE DPT FAKTA NI...

KOMEN SAYA:- POSTING KALI INI BERILMIAH LA SKET..HAHAHA..XSENGKE LA ENCIK NI...HEHEHE..

NEXT POST TULIS PSL NABI LAIN PLAK EK..SAYA SUKE BACE KISAH NABI NIH..

majid said...

bapak ilmiah nie..bgs2..cm x cayer plax ko yg tulis nie..aku sendiri x taw air laut mati tue makruh..pastu siap bley taw plax org yg lalu kt laut mati sendiri x mo tgk laut tue..yg aku taw laut mati tue masin smpi org bley x tengelam..dr g laut mati baik korang g air papan kt mersing(johor)..mandi sane siap bley baik siot kudis..segala kudis lagi.hahah..tahun melawat mersing 2009..di rasmi oleh dato majid(menteri pelancongan)

Royal Mentega Designed by Templateism | MyBloggerLab Copyright © 2014

Theme images by richcano. Powered by Blogger.